MAJALAHTERAS.COM – Kegiatan Zoominar Wanita Islam Serumpun Melayu digelar, Sabtu (19/7/2020). Kegiatan ini di inisiasi oleh Korps Muda PP Wanita Islam bekerjasama dengan Hal Ehwal Wanita ( HELWA) ABIM – Malaysia, Persatuan Pendidikan Islam Singapura (PPIS) yang akan dilaksanakan berkelanjutan berseri setiap bulan, dengan melibat kan wanita serumpun dari Brunai Darussalam, Thailand, Komboja, Vietnam dan lainya.
Dalam paparanya, Dra. Hj. Marfuah Musthofa, M.Pd
Ketua Umum PP Wanita Islam mengatakan, peranan wanita sangat signifikan dan tidak dinafikan lagi dalam proses pembinaan peradaban bangsa, khususnya di rantau nusantara.
Menurutnya, wacana peranan wanita harus bermula dengan membedakan perkara adat dan agama kerana ia akan membantu wanita untuk menyumbang dengan lebih luas kepada masyarakat.
“Kita tidak hanya bicara soal isu-isu berkaitan peranab gender, tetapi agenda pembangunan masyarakat yang dibangun dan disumbangkan oleh wanita kepada masyarakat. Bagaimana ibu rumahtangga/suri rumah yang mungkin tidak sering tertonjol di tengah media, atau tidak pandai berpidato, tapi telah melahirkan anak-anak bangsa yang menyumbang kepada kejayaan dan kemajuan negara,” ujarnya.
Ditambahkanya, perempuan harus diangkat dengan lebih berkesan. Perubahan yang pantas perlu kepada adaptasi dan para aktivis harus jeli membaca dan melihat perubahan.
“Wanita Islam harus berada di lapangan, dalam kancah masyarakat, di peringkat lokal dan antara bangsa. Disiplin keilmuan harus diperkemaskan dan kemahiran dipertingkatkan dengan kerjasama pelatihan (training) wanita Islam serumpun. Pengkajian tokoh-tokoh wanita serumpun perlu terus diwacana dan penulisan sejarah tokoh-tokoh wanita Islam serumpun perlu dilaksanakan secara kolaboratif,” paparnya.
Selanjutnya, isu sosial harus ditangani khususnya yang melibatkan hak dan perlindungan wanita dan kanak-kanak melalui platform NGO dan politik; ideanya secara serumpun namun solusi bersifat lokal.
“Kebijakan dan dasar perlu diperkukuhkan bagi membina ekosistem yang positif dan kondusif kepada wanita untuk memilih bagaimana bentuk sumbangan yang ingin mereka berikan kepada pembangunan dan peradaban bangsa
Pengurusan keluarga harus dimulai dengan pengurusan diri wanita untuk beradaptasi dgn kehidupan norma baru dan membina kumpulan sokongan yang padu supaya dapat menaikan taraf sumbangan wanita kepada keluarga dan masyarakat,” jelasnya.
“Proses mendidik anak lelaki dengan penuh hikmah untuk mengangkat nilai wanita perlu dilakukan secara berkesan di dalam setiap unit keluarga dan lapisan masyarakat dan wanita Serumpun perlu berkongsi misi dan visi yang sama dalam menggerakkan wanita di dalam masyarakat. Wanita serumpun juga perlu mampu menyesuaikan diri dan bersatu padu dalam menghadapi apa jua cabaran, di samping menyumbang kepada pembangunan negara,” imbuh Marfuah.
Sikap ini, sambung Marfuah, akan melahirkan usaha-usaha yang dapat menonjolkan Semangat Gerakan Bersama, atau Teguh Bersatu.
Pada Zoominar Wanita Islam Serumpun Melayu bertindak sebagai panitia Hal Ehwal Wanita ( Helwa ) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , dan untuk kegiatan yang akan datang oleh Persatuan Pendidikan Islam Singapura ( PPIS).(rls).